Wednesday, 29 October 2014

KEJOHANAN PING PONG MSSM 2014


PENGENALAN PINGPONG



Permainan ping pong atau ‘table tennis’ adalah satu sukan yang dimainkan oleh dua atau empat orang bermain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai ‘bats’ atau ‘paddles’) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pong dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm.

Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanya sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

MEJA PING PONG



Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang dan 1.52 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2 cm di setiap empat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jaring yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja. Untuk permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2 bahagian yang sama oleh garisan tengah yang tebalnya 3 mm dan selari dengan garisan tepi meja.

BOLA PINGPONG



Bola pingpong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola pingpong boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama dan berwarna putih atau kuning yang pudar. Bola pingpong digred kepada satu bintang sehingga tiga bintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola pingpong mudah diperolehi dan harganya tidaklah mahal.

BET PINGPONG



Ciri-ciri bet-tebal keselurahan getah dan span tidak melebihi 4mm. Semua getah bet di peringkat antarabangsa menpunyai logo ITTF, getah yang digunakan ialah getah terbalik 'reverse' yang licin dan rata dengan lapisan bintik-bintik terbalik di bawah (inverted pimples) dan diikuti oleh satu lapisan span. Diperbuat daripada kayu yang lembut dan tidak melebihi 5 lapisan kayu.


 

JARING




Jaring untuk permainan pingpong terdiri dari jaring dan peralatan untuk memasangnya ke meja pingpong, dan sering disebut gabungan jaring (net assembly). Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi. Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan.

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN PINGPONG




I. SATU PERMAINAN (A GAME)
• Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan menggunakan sistem 11 mata.
• Setelah 2 mata, pemain atau pasangan pemain yang menerima servis akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain yang melakukan servis dan seterusnya sehingga tamat permainan.
• Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain yang mula-mula mendapat 11 mata; atau
• Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 10 mata (disebut “deuce”) di mana permainan akan dimenangi oleh pemenang yang mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya, contoh: 12-10, 15-13, 20-18. (di mana susunan melakukan servis dan menerima servis hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah melakukan servis untuk 1 mata bergilir-gilir).
• Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu permainan. Pemain yang mula menerima servis dalam permainan pertama akan memulakan servis dalam permainan kedua.

II. SATU PERLAWANAN (A MATCH)
• Sesuatu perlawanan hendaklah ditentukan dengan kemenangan daripada sebarang nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5 atau 7 permainan.
• Dalam pertandingan yang terakhir, apabila sampai pada mata yang ke 5, pemain perlu bertukar tempat.

III. PERMULAAN SATU PERMAINAN (START A GAME)
• Sebelum mula bertanding dalam sesuatu permainan, pengadil dikehendaki melakukan undian (toss coin) untuk menentukan pemain yang mana satu akan memulakan servis.
• Terdapat tiga pilihan bagi pemenang undian:
a) hak memilih untuk memulakan servis; atau
b) membenarkan pihak lawannya memulakankan servis; atau
c) melakukan pemilihan tempat.
• Jika pemenang undian melakukan pemilihan tempat, pihak lawannya ada pilihan sama ada hendak memulakan servis atau memilih pihak lawannya memulakan servis dahulu.
• Jika pemenang undian memilih untuk memulakan servis, pihak lawannya hanya boleh melakukan pemilihan tempat untuk memulakan permainan.

IV. SERVIS ASAS SUKAN PING PONG
• Pemain yang melakukan servis wajib berdiri di belakang hujung meja ping pong.
• Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di atas permukaan permainan meja dan melambungkan bola itu menegak ke atas dan pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di belakang hujung meja. 

• Semasa bola itu menurun, pemain perlu memukul bola itu dengan raket dan pastikan bola melantun di atas bahagian meja sendiri sebelum melepasi ke bahagian atas meja lawan.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring dan masih dilantun di atas meja lawan, let akan dipanggil dan servis perlu diulangkan semula.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring dan bola itu tidak dilantun di atas meja lawan, maka pemain yang melakukan servis akan hilang satu mata.

V. SATU MATA
• Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali apabila rally itu adalah satu
• Jika gagal melakukan servis yang baik.
• Jika gagal melakukan hantaran balik yang baik.
• Jika memukul bola itu dua kali berturut-turut.
• Jika pemain atau apa-apa yang dipakai atau dibawanya tersentuh bola.
• Jika menggerakkan permukaan meja semasa bola itu dalam permainan.
• Jika tangan bebasnya menyentuh permukaan permainan semasa bola itu dalam permainan.
• Jika berkelakuan buruk walaupun selepas diberi amaran oleh pengadil.

VI. LET
• Rally itu dikatakan “Let” jika:
• Apabila bola servis menyentuh jaring semasa melepasinya.
• Apabila pemain yang menerima servis belum bersedia ataupun pasangannya dalam acara bergu.

VII. WAKTU REHAT
• Waktu rehat di antara setiap game adalah 1 minit.
• Semasa berehat, pemain perlu meletakkan raket di atas meja pertandingan, kecuali dibenarkan oleh pengadil.

VIII. TIME OUT
• Setiap pemain atau pasangan boleh meminta SATU kali time out yang diperuntukan 1 minit semasa permainan dijalankan.
• Pemain yang ingin meminta time out cuma menunjukkan satu tanda ‘T’ dengan tangannya.

• Permainan akan disambung semula apabila pemain yang meminta time out sudah bersedia atau pun masa 1 minit sudah tamat.