Permainan
ping pong atau ‘table tennis’ adalah satu sukan yang dimainkan oleh dua atau
empat orang bermain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai ‘bats’ atau
‘paddles’) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Permainan ini
memerlukan meja khas untuk ping pong dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan
jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm.
Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola
melantun hanya sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola
tersebut ke kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal
mengembalikan bola mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment