I. SATU PERMAINAN (A GAME)
• Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan
menggunakan sistem 11 mata.
• Setelah 2 mata, pemain atau pasangan pemain yang
menerima servis akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain yang
melakukan servis dan seterusnya sehingga tamat permainan.
• Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau
pasangan pemain yang mula-mula mendapat 11 mata; atau
• Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat
10 mata (disebut “deuce”) di mana permainan akan dimenangi oleh pemenang yang
mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya, contoh: 12-10, 15-13,
20-18. (di mana susunan melakukan servis dan menerima servis hendaklah sama
tetapi setiap pemain hendaklah melakukan servis untuk 1 mata bergilir-gilir).
• Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu
permainan. Pemain yang mula menerima servis dalam permainan pertama akan
memulakan servis dalam permainan kedua.
II. SATU PERLAWANAN (A MATCH)
• Sesuatu perlawanan hendaklah ditentukan dengan
kemenangan daripada sebarang nombor ganjil permainan yang biasanya 3, 5 atau 7
permainan.
• Dalam pertandingan yang terakhir, apabila sampai
pada mata yang ke 5, pemain perlu bertukar tempat.
III. PERMULAAN SATU PERMAINAN (START A GAME)
• Sebelum mula bertanding dalam sesuatu permainan,
pengadil dikehendaki melakukan undian (toss coin) untuk menentukan pemain yang
mana satu akan memulakan servis.
• Terdapat tiga pilihan bagi pemenang undian:
a) hak memilih untuk memulakan servis; atau
b) membenarkan pihak lawannya memulakankan servis;
atau
c) melakukan pemilihan tempat.
• Jika pemenang undian melakukan pemilihan tempat,
pihak lawannya ada pilihan sama ada hendak memulakan servis atau memilih pihak
lawannya memulakan servis dahulu.
• Jika pemenang undian memilih untuk memulakan servis,
pihak lawannya hanya boleh melakukan pemilihan tempat untuk memulakan
permainan.
IV. SERVIS ASAS SUKAN PING PONG
• Pemain yang melakukan servis wajib berdiri di
belakang hujung meja ping pong.
• Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di
atas permukaan permainan meja dan melambungkan bola itu menegak ke atas dan
pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di belakang hujung
meja.
• Semasa bola itu menurun, pemain perlu memukul bola
itu dengan raket dan pastikan bola melantun di atas bahagian meja sendiri
sebelum melepasi ke bahagian atas meja lawan.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring dan masih
dilantun di atas meja lawan, let akan dipanggil dan servis perlu diulangkan
semula.
• Jika bola servis itu menyentuh jaring dan bola itu
tidak dilantun di atas meja lawan, maka pemain yang melakukan servis akan
hilang satu mata.
V. SATU MATA
• Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali
apabila rally itu adalah satu
• Jika gagal melakukan servis yang baik.
• Jika gagal melakukan hantaran balik yang baik.
• Jika memukul bola itu dua kali berturut-turut.
• Jika pemain atau apa-apa yang dipakai atau dibawanya
tersentuh bola.
• Jika menggerakkan permukaan meja semasa bola itu
dalam permainan.
• Jika tangan bebasnya menyentuh permukaan permainan
semasa bola itu dalam permainan.
• Jika berkelakuan buruk walaupun selepas diberi
amaran oleh pengadil.
VI. LET
• Rally itu dikatakan “Let” jika:
• Apabila bola servis menyentuh jaring semasa
melepasinya.
• Apabila pemain yang menerima servis belum bersedia
ataupun pasangannya dalam acara bergu.
VII. WAKTU REHAT
• Waktu rehat di antara setiap game adalah 1 minit.
• Semasa berehat, pemain perlu meletakkan raket di
atas meja pertandingan, kecuali dibenarkan oleh pengadil.
VIII. TIME OUT
• Setiap pemain atau pasangan boleh meminta SATU kali
time out yang diperuntukan 1 minit semasa permainan dijalankan.
• Pemain yang ingin meminta time out cuma menunjukkan
satu tanda ‘T’ dengan tangannya.
• Permainan akan disambung semula apabila pemain yang
meminta time out sudah bersedia atau pun masa 1 minit sudah tamat.
No comments:
Post a Comment